Saturday, February 23, 2013

Tangkal???

Ni lah tangkal yang diberikan untuk tahu dimana aku berada????

Thursday, February 21, 2013

BAHANA Memuja Jin & Syaitan dengan SUSUK


KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.
Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.
“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.
“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.
Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

SUKA??? Susuk Pian - Interview Dengan Majalah Keluarga 3

Adakah Dia MEMAKAI SUSUK???? Panorama TV1 - Susuk

Monday, February 4, 2013

Hari Terakhir (4 Februari 2013)

Telah ku panjatkan rasa syukur setiap waktu solat untuk bertemu dengan dia. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

21  Oktober 2011 merupakan detik pertemuan dua hati yang hanya kenal melalui FB. Ia berlaku selepas perceraian aku bersama Azean Azman. Perkahwinan yang hanya untuk 6 tahun. Tiada anak. Merintih segala kepayahan. Aku laluinya jua.

Berjumpe...bila di tanya....Kenapa awak masih tunggu saya? walaupon saya hanya seorg duda?........ tiada jawapan........setelah pi makan...aku tanye dia lagi...tiada jawapan juga...........pe yang boleh aku katakan selain air mata saja... air mata tu tidak akan mengalir lagi untuk orang lain............